Saturday, 21 January 2012

Johorneyyy


Assalamualaikum.


La ni, baru Ana ada peluang untuk membuka lappy Ana dan ber-online. Kalau weekdays, Ana memang jarang ber-online, liat sedikit. Tetapi disebabkan kelapangan yg melampau maka Ana pun mahu ber-online sekejap. Kerana terasa banyak benda atau sedikit benda ingin Ana post-kan di belog Ana ini sebagai perkongsian, Insya Allah.


Surah Yusuf [12] : 87
" .... Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."



Hari ini, Alhamdulillah, Ana pergi join Smart Group lagi. Kali ini lain kami jalankan aktiviti di Pusat Islam  dan bergabung dengan groups yang lain. Petang , kami main bola beracun and futsal dahulu, after that, Iftar beramai-ramai makan dalam dulang and after solat Maghrib, kami mendengar ceramah . Habis solat Isya' pulang ke teratak mami. Ana amat suka dengan pengisian ceramah pada malam ini. Ustaz berkata tentang akidah kita sebagai umat Islam. Dan Ustaz menyentuh isu tentang 'Bersangka baik terhadap sesama Muslim'


Ya, sebagai manusia, sudah pasti kadang-kadang kita ada terlintas rasa tidak puas hati, marah or geram towards someone kan ? Kita ini manusia, ada perasaan, fitrah yang telah Allah ciptakan. Tapi kita sebagai sesama Muslim, haruslah bersangka baik sesama kita.  Elakkan bersangka buruk terhadap sesiapa pun. Antara caranya adalah dengan berlapang dada. Lapangkanlah dada anda semua. Terima semuanya dengan hati yang terbuka. Kalau boleh sebelum kita tidur, lebih elok kalau kita maafkan orang sekeliling kita terlebih dahulu. Insya Allah, perasaan hasad dengki dan sewaktu dengannya dapat dikikis perlahan-lahan.


Jadi, lapangkan dada anda semua. Terima segalanya seadanya. Bersangka baik terhadap kita elakkan bersangka buruk. Nabi Muhmammad s.a.w juga bersabda bahawa bersangka baik sesama kita. Jadi, mari kita amalkannya dan sentiasa bersangka baik okay ? (: Insya Allah, kita cuba berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Sama-sama kita semua, termasuk diri Ana yang lemah  ini juga.


Dan ada juga, apabila ada segelintir yang tidak dapat menerima teguran kita atau apa yang kita cuba sampaikan kepada dia bukan ? Maka bersabarlah, jangan mudah bersangka buruk, senyum sahaja. Kerana,

Ingat tak ? 

Hati kita milik siapa ?

Hati manusia milik siapa ?

Milik Allah bukan ?

Jadi jika ada yang tidak dapat menerima sesuatu, berdoalah kepada Allah agar Allah melembutkan hatinya dan memudahkan urusan kita dalam menyampaikan sesuatu kebenaran, Insya Allah.




Bagaimana kalau kita dikhianati pula ?

Bagaimana ya ?

Tanya diri kita balik, muhasabah diri kembali, adakah kita ini baik pada sisi Allah untuk tidak dikhianati ?

Ya, tanya diri balik, kalau ini berlaku. Pesan rakan-rakan Ana sebentar tadi kepada kami semua.



Kemudian, Ustaz juga ada menyentuh tentang 'akad'

Apa erti akad di sini ?

Ustaz ada memberikan analogi iaitu:

Bila masa lelaki boleh menyentuh wanita ? Apabila akad telah diucapkan, maka halal perempuan itu terhadap lelaki itu, maka halal juga untuk menyentuhnya juga. Contoh yang lain pula, kalau kita mahu beli phone. Kita dapat phone setelah kita membayar wang sepatutnya bukan ? Akad dalam berjual beli.

Fair and square bukan ?

Jadi bagaimana pula dengan Allah ?

Allah bagi kita macam-macam. YA MACAM-MACAM. Sebut sahaja apa. Allah yang berikan. Oxygen, air, rezeki, kejayaan, macam-macam sangat la. Maka muhasabah diri balik, apa yang kita beri pada Allah pula ?

Perlu fair and square bukan ?



Baiklah rakan-rakan sekalian. Harap-harap apa yang Ana sampaikan ini dapat memberikan manfaat, pengajaran, ilmu kepada kita semua. Semoga kita dapat muhasabah diri kita kembali. Semoga kita dapat menjadi lebih baik daripada semalam dan dari sebelum sebelum ini, Insya Allah.


"Start your day with something sweet and end your day with something sweeter" 
-Benz Alif, aA+bB, Hlovate.

Ya, Ana sudah ketagih membaca novel-novel Hlovate.



Last but not least,

"Muslimah yang sebenar tidak akan redha dirinya dipuji dan dipuja lelaki ajnabi yang punya penyakit dalam hatinya kerana kebanggaan dan keseronokan itu disimpannya dalam-dalam, hingga saat dahinya dikuncup lembut suami tercinta yang mengambilnya dengan nama Allah, buat kali pertama."



Sekian, wassalam. May Allah bless you and may fate fares you well people.

No comments:

Post a Comment