Wednesday, 18 January 2012

Simple @ Mudah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya saya ada peluang untuk menyampaikan sesuatu yang saya dpt sewaktu hadiri program ISK dan IPK.


 Apakah itu ?

ISK stands for Ini Sejarah Kita and IPK stands for Ini Peranan Kita.


Tapi, sewaktu kedua-dua program itu berlangsung saya tidak dapat mengendalikan ISK tapi IPK sahaja. Tapi, Alhamdulillah, kawan-kawan yang lain banyak berkongsi dan menyampaikan input-input serta outputs sewaktu ISK. Saya sangat berharap agar program seperti ini tersebar luas dan semua dapat mengambil bahagian terutama kaum Muslimin dan Muslimat. Program ini disampaikan oleh sahabat-sahabat dari INTEC yang sudah kembali ke tanah air setelah lama berada di perantauan seperti di France, New Zealand and UK.


Okay tak usah cakap banyak. Mari kita berdiskusi apakah maksud Islam VS islam ini ?


Jadi kembali kepada persoalan hari itu. Kita ini Islam or islam ? Saya ini Islam or islam ? Anda Islam or islam ? Ada beza ke Islam dengan islam ? Sama saja bunyi, ejaan pun sama cuma beza huruf hadapan saja kan ? 

Ye ke ? Sure sama ? 



Sebuah analogi mudah dan ringkas.

Makan VS makan.


Kalau anda pelajar bijak pandai dapat A+ dalam Bahasa Malaysia, antara dua ini, manakah melambangkan kata kerja ? Makan atau makan ?


Ya, tepat jawapannya ! 'makan' merupakan kata kerja manakala Makan itu apa eh ? Ya, Makan itu kata kerja.


Faham tak analogi saya  sekarang ? Islam itu kata nama, manakala islam itu kata kerja.



Jadi ?


Islam

Islam berhuruf besar di hadapan dikenali sebagai kata nama. Sama seperti nama kita. Kata nama. Nama kita bercirikan Islam. Bahasa Arab lagi tu. Ada maksud baik-baik lagi. Sebagai contoh, polan si polan. Lepas itu cuba check IC kita. Islam. Ya, kita Islam. Kita orang Islam. Dari sekolah tadika sampai ke U life, belajar pendidikan Islam. Ya, kita orang Islam, kena pelajari agama Islam kan ? Ya kita belajar Rukum Islam, Rukun Iman, cara bersolat, SYURGA, NERAKA, HALAL, HARAM, macam-macam lagi, ingatlah kembali. Ya, sebab itu kita Islam. Kita orang Islam kan ?



Pasti ?


islam

islam bersaiz I kecil di hadapan melambangkan kata kerja. Kalau kita Islam, apa perlu kita lakukan ? Solat, puasa, tutup aurat, hormat ibu bapa, etc. Apa lagi ye ? Bukan banyak ke kita belajar di sekolah dahulu ? 

Mari kita sama-sama ingat kembali dan muhasabah diri.



Maka,
adakah kita Islam atau islam ?


Kita adalah islam ! Ingat, islam ! Jangan setakat Islam di nama. Jangan setakat Islam di kad pengenalan. Tapi kita jadilah islam ! Masuk ke dalam islam sepenuhnya. Jadikan islam itu sebagai the way of life. Yes, Ad-Deen !



Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."



Tugas kita di dunia ada dua. Sebagai khalifah dan untuk beribadah kepada Pencipta kita.


" Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku "

(Adz Dzariyat : 56)


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan mengangkat Adam menjadi khalifah(1) di muka bumi. Para malaikat bertanya: "Mengapa Engkau hendak menempatkan di permukaan bumi orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami senantiasa bertasbih memuji dan menyucikan-Mu?" Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui".

( Al Baqarah : 30 )


Apa guna kita belajar pendidikan Islam di sekolah jika kita tidak amalkan semuanya ? Apa gunanya ? Adakah kita belajar pendidikan Islam untuk lulus peperiksaan ? Lulus di atas kertas samata-mata ? Eh bagaimana pula ujian Allah di dunia ini? Adakah result kita di akhirat sana akan segempak result kita di dunia ? Ya, rakan-rakan, mari kita tanya diri kita kembali.


Sebuah analogi ringkas lagi.


- Ada yang cakap; "Aku Islam. Aku solat, aku puasa, aku pakai tudung, aku baca Quran, aku ini aku itu aku ini aku itu." Tapi, adakah cukup semua itu ? Tengok kepada solat. Adakah kita menjaga solat ? Adakah kita menjaga bacaan dalam solat ? Adakah kita faham apa yang ucapkan di dalam solat ? Adakah kita solat di awal waktu ? 

Adakah ?


- Puasa pula yang bermaksud menahan diri. Adakah kita tahan pandangan mata kita ? Pendengaran kita ? Percakapan kita ? 

Adakah ?


- Kita baca Quran, khatam sudah banyak kali. Tapi adakah kita tahu apa yang kita bacakan ? Adakah kita faham makna-makna ayat-ayat suci Allah itu ? Adakah kita beriman kepada Al Quran ? Adakah kita ambil pengajaran dalam Al Quran ?

 Adakah ?


 - " Aku pakai tudung "

Cukupkah ? Adakah kita pasti kita pakai mengikut apa yang telah digariskan oleh islam ? Yang tercatat dalam Al Quran ? Melabuhkan kain supaya menutupi dada ? Tidak jarang ? Tidak pendek ? Tidak sendat ? Aurat bagi perempuan, muka dan tangan SAHAJA. Ya, kaki kita adalah aurat juga. Jadi adakah kita pasti kita sudah tutup aurat ?

Adakah ?



Marilah kita menjadi islam bukan Islam. Jangan sekadar Islam di nama. Jangan sekadar Islam di kad pengenalan. Jangan sekadar Islam di bibir. Biarlah islam kita di hati, di mana-mana. Jadilah kita islam yang membawa maksud kata kerja. Ya, kita islam, buktikan kita ini islam bukan Islam semata-mata.



Adakah kita bersedia untuk menjawab soalan-soalan Allah di akhirat kelak ? 


Apakah sudah kita lakukan di dunia ?


Apakah yang kita lakukan untuk islam sudah cukup ?


Tanya diri kita balik.

Kita ini Islam atau islam ?



Adakah kita lupa islam pernah berjaya ?


Adakah kita lupa islam pernah berkuasa ?



Sejarah akan berulang, jadi bilakah islam akan kembali berjaya ?

Bilakah ?



Akal di hati, otak di kepala.

Fahamilah islam dengan akal, bukan otak.

Faqihu bukan Faquhu semata-mata.



Ayuh rakan-rakan Muslim di luar sana. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita. Tanya diri kita balik. Adakah kita ini cukup sekadar Islam ? Cukupkah untuk di bawa ke akhirat kelak ? Cukupkah ? Kita pasti cukup ?



Lets shift our paradigms, for ISLAM !



p/s: Saya hanya sekadar untuk berkongsi dan berbincang dengan kalian. Pada masa juga untuk mengingatkan diri saya supaya tidak lalai dengan dunia semata-semata. Mari kita muhasabah, renungkan kembali amalan-amalan kita di dunia ini. Bersediakah kita untuk berjumpa dengan Allah ? 



"Allah yang menciptakan kita dan kepada-Nya kita akan kembali."


Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment