Assalamualaikum.. <3 <3 <3
Nak dijadikan cerita semalam buat kali pertamanya,saya tanpa migrain.!! Alhamdullillah..Setelah berminggu-minggu kene migrain,sampai ade yg teruk(include muntah2). Akhirnya, kepala ni terasa ringan sangat-sangat. Kepada yang ambil berat,tanya bila nk update blog,FACEBOOK..thanzzz for ur concern. Nanti bila free, Izz p cek kepala ni. Mane tahu,bak kate Liss takut2 Izz ade mental disorder je..huhuhu
BaikLah,untuk post kali..nak memotivasikan diri ini balik sebenarnya. Semalam semasa tengah study ngn sahabat usrah, kami diskusi pasal jatuh bangun manusia. Ayah die pernah bagitahu kat die yang manusia ni kenal jatuh kadang2,biar die sedar. Kalau dalam movie 17 lak, hero die kat teenagers ni bile ade prob, dia anggap macam it's the end of the world. But the fact is, it's the start of something new. Bile borak-borak dengan sahabat teringat ape yang Izz kata dulu waktu Izz betul-betul jatuh. Tak larat nak bangun, rasa mcam hidup nie dah berakhir..UseLesss.. Bapak Izz bagitahu, semua yg berlaku ade hikmahnya. Kadang-kadang kita memang kene jatuh. Bile kita jatuh, baru kite belajar rase sakit... Jauh dari comfort zone kita sendiri. Manusia ni, bile terlalu lama sangat bangun, once die jatuh...dia jatuh terus. Dia terus hilang harapan. Tapi kita sepatutnya sedar, apabila kita jatuh, Allah sebenarnya membuka pintu baru untuk kita. Itu ape yang Izz dapat waktu Izz pernah jatuh dulu. And pintu yang DIA beri pada kita itu sebenarnya jauh lebih baik dari pintu yang sedang kita guna sekarang. Tapi kalau nak masok pintu baru itu, kita sendiri kenalah bangun, jalan ke pintu itu. Insya Allah sampai.
Bangun dari sebuah kejatuhan sebenarnya satu perkara yang sangat indah. Izz berani kata, orang yang TIDAK pernah merasai jatuh, adalah orang yang paling rugi. Bile kita jatuh, we see things differently & most of the time negatively. Kita asyik salah sume orang... Menunding jari.... Tapi,cuba sekejap ambik masa fikirkan yang positive. Cari hikmah tersembunyi. Rasional kan apa yang berlaku. Believe me,once u think about hikmah/rasionalnya u'll be amazed dengan ape yang telah DIA aturkan untuk kita.
Sekarang ini, Izz takut untuk jatuh balik. Takut-takut kalau Izz memang dah tak nak bangun. Separuh diri Izz sedang jatuh kini. Tapi Alhamdulillah,Izz dapat berpaut dan sedang bangun sekarang. Sekarang Izz tersangatlah positif dan optimist. Rase macam dah jumpa apa yang hilang. But, sekiranya ditakdirkan jatuh...aku akan bangun. Coz it's not the end. Ada sesuatu yang baru untuk Izz sebenarnya..
So,Izz dah bangun sekarang.Segala anasir-anasir -ve yang bermain dalam kepala ini telah pon pergi.
Syukur Alhamdullillah. Allah menyedarkan Izz sebelum Izz jatuh sekali lagi.
Di sini nak kredit kat sume yang banyak memberi support pada Izz. Thanxx a lot
credit : parents,bestfriends housemate dahulu, solehah, kak fuza, abg radi, kak fira, liza, phai, blog Izz dan sume family Izz...regardless where u are. thanz
failure doesn't mean u can't rise....
ReplyDeletejust be the the people who always motivate...
all the best and be the best^___^